Day 3
Hari ke - 3 tinggal lah kami berdua shj sebab lagi 2 org balik hari ni. Pagi2 bangun kemas barang sebab nak check out & check ke hotel pulak. Xsabar rasanya & berharap hotel baru lebih menepati citarasa. Hehehe
Aktiviti pagi ni hanyalah breakfast kat Kompleks Pekan Rabu (next to DeBaron,jln kaki saje).
After breakfast, yg lagi 2 org ni nak pergi RAMS lg skali. Boleh pulak nk shopping last katenye. Haihh kalau dah nama nya perempuan kan. Hahaha. Lepas habis shopping, pergi hantar dorang ke Airport & we all pon nak tukar kereta sbb kereta tu xmemuaskan hari. I mmg cerewet. Some more kereta Honda City yg kami sewa tu busuk + xbersih + handbreak rosak. Alhamdulillah lepas tukar kereta dgn penyewa baru, kami dapat kereta Myvi yg baru & bersih dgn harga RM70/perday.
Setel pasal kereta, teruslah heading to Bella Vista Hotel Resort & Spa. Requested for early check-in and Alhamdulillah dapat check-in pukul 2pm. Ok, i like this hotel! Sbb facing laut, boleh rasa tiupan angin tu masa kat lobby. Hotel pon not bad, cuma building lama sj. Lepas rest kt bilik, kami berdua plan pergi mandi kat swimming pool. Nice view & sgt tenang. Feeling sikit. Tp xlama tu nampak langit gelap & hujan. Hahaha
Hari ni xbyk aktiviti. Lepas rest kat hotel, ptg tu we all pergi Dataran Lang utk bergambar dgn cik helang. Dtg Langkawi x tangkap gambar kt sini mmg xsah la kan. Org sgt ramai, so nk tangkap gambar tu pandai2 lah cari peluang sbb semua berebut nak bergambar don burung helang tu haa.
Lepas bergambar, we pergi HIG lg skali sebab my friend nak beli kuali ajaib tu haa. And me nk beli bag utk letak barang2. Luggage mmg xbawak sbb plan nak isi brg dlm bag tu je.
Dinner kami simple saje sbb penat. We all makan kt food court dpn HIG tu je. Mkanan kt situ byk pilihan & harga standard kat KL or Shah Alam saje.
No comments:
Post a Comment