Langkawi Day 2 - Skycab+SkyBridge+3D Museum Art + Shopping


Day 2
Our Day 2 started with breakfast nasi lemak at stall next to De Baron Hotel, if im not mistaken Kompleks Pekan Rabu, nasi lemak nya sedap la jugak. So, dah makan kenyang2 utuk aktiviti pagi i, mari lah bergerak ke Cable car. From Debaron, it tooks about 20mins.
Kami keluar awal sebab tak nak que panjang utk beli tiket. Sampai sana mmg betul la we all org kedua que beli tiket. So, tiket ada a few option, we bought Combo SkyCab+3D Art Museum+SkyDome for only RM46 with myKad. Kalau xbawak myKad, RM64 if im not mistaken. So please present yr myKad utk dapat diskaun ye.
Before naik cable car, dorang suruh masuk SkyDome dulu. Dalam tu ada video 360 degree je macam kita tengah naik roller coaster, for me x menarik sangat pon. After that, baru la melangkah ke SkyCab, since kami berempat so x payah share dgn orang lain. So masa aik tu nervous la jugak al-maklumla Ia i gayat. But, after saw the view of the sea, Subhanallah cantiknya sampai lupa semua ketakutan. Hahaha semua meriah bergambar je dalam tu. I x ingat berapa lama ambik masa tuk naik atas, tp around 20minit kot? Sorry i cant recall :(

Dah sampai atas tu apa lagi bergambar lah kat SkyCab ni. Since xramai org sebab still pagi. Korang pergi la awal kalau x mesti berebut nk berhambar background view cantik tu. Lepas bergambar kat SkyCab, we to ride another Cable car utk pergi ke Skybridge. Ticket boleh beli ka sana RM5 shj. Yg nk pergi Sky Bridge ni seram sebab gondala tu bergegar2 angin kuat kat atas tu & kabus mmg tebal. Sampai kt SkyBridge, angin mmg kuat sanagt2, sejuk gila.. Rambut i dah menggerbang. Utk korang yg nak selfie pakai hp, pegang la kuat2 sbb angin tu kuat sgt. i xsure la mmg kat atas tu angin kuat or masa i pergi tu je angin kuat. Hahaha. Oh ya, utk pergi ke SkyBridge, x lah semudah ABC yer. Must go through track turn naik bukit ye. Mmg penat gila, make sure pakai kasutyg selesa. I tengok pak arab dgn bini yg berjubah tu kesian sgt, dah la bawak anak2 lg panjat bukit tu. Dh la curam. Mencabar betul. Hehehe
Lepas dah puas bergamabar & menikmati pemandangan indah, kami turun semula ke bawah terus menuju ke 3D Art Museum. Time tu perut dah lapar, since semua org nak setelkan semua dulu baru mkn, i pon follow shj. Basically, 3D Art mmg utk tangkap gambar la, make sure u all dah tau mcm mana nk posing. actually dorang ada letak sample pose utk bergambar. We all punya gambar ada yg jadi, ada yg tak jadi. Time tu dah penat tak boleh nk fokus, perut i mmg memanggil2 nasi je time tu. Hahaha

Lepas keluar dri Museum tu, ktorg rest kat area situ beli aiskrim makan jajan sikit. Sambil bincang nk pergi mana. Actually semua plan nak pergi makan Jom Ikan Bakar tp hari tu tutup la pulak. Hampa betul. Maybe sbb hari jumaat kot. So lepas bincang we decided pergi area Chenang. Xbanyak kedai yg buka, x sure sebab apa. At last makan kt kedai Arab sajo.
Lepas makan terus balik hotel sebab penat dah lembik lutut. Hahaha

Utk dinner, we all pergi area Chenang lagi skali sbb nak tunaikan hajat makan ikan bakar or apa2 seafood. Dgn bantuan google, jumpa lah 1 kedai ni kat Chenang namanya Alia Seafood. Bila dah sampai tu masing2 sibuk pilih ikan, udang, sotong . Pilihan seafood x banyak tp fresh. Yang pastinya kat sini murah! Berbaloi2 makan sampai kenyang xlarat nak jalan. Hahaha. Korang mungkin boleh cuba makan kt sini. Tempat tu a bit tersorok, landmarknya sebelah Subway ada lorong kecil, masuk lah ikut lorong tu.

Lepas selesai makan, kami singgah lagi sekali ke HIG, RAMS & Langkawi Saga. For me, untuk pinggan magkuk better pergi RAMS sebab harga jauh lebih murah dari HIG & design pon lebih banyak. Untuk pinggan branded like Correle, Luminarc & Corningware harga xbanyak beza. Untuk coklat, HIG ada banyak pilihan dan murah. I singgah Idaman Suri tapi kat situ xde jual coklat & pinggan mangkuk nya xbyk pilihan, yg pastinya semua barang si cop nama Idaman Suri. Hehehe

Macam biasa lah dah setel semua, balik hotel & tido. Next post pasal Day 3 pulak :)


No comments:

Post a Comment