Permohonan Visa ke China 2016

Assalamualaikum semua..

Dah tengok tajuk kan? Hehehe. Cik F nak kongsikan macam mana nak apply Visa ke China ni. Susah ke senang? Jawapannya sangat2 lah senang. Cik F akan ke China pertengahan bulan ni jadi mmg perlu lah untuk memohon China Visa ni. Sekurang-kurangnya buat sebulan sebelum tarikh berangkat ya. Sebab visa xkan siap on the spot ye kawan2. Ia mengambil masa 4 hari bekerja.

Ok. Back to the topic. Basically, Visa China ini di perlukan jika anda nak melawat negara China. Tetapi, jika nk pergi ke Hongkong, Macau & Taiwan, Visa tidak di perlukan. passport je dah cukup.

Visa terbahagi kepada dua kategori iaitu Single Entry (boleh masuk sekali shj dlm masa 3 bulan) & Double Entry (2x masuk dlm masa 3 bulan). Cik F apply yg single entry je.

Macamana nak apply? Cik F list kan step by step supaya senang korang nak nak follow nanti. Huhu

1. Pergi ke website China Visa Application dulu kat SINI
2. Jika nak isi secara online, boleh buat di SINI. Selepas siap isi semua maklumat yang di perlukan, print borang tersebut dan tandatangan korang ya. Borang ni nanti korang akan kepilkan bersam dokumen lain semasa nak submit application
3. Jika nak isi secara manual, maksudnya korang nak tulis2 sendiri, print borang ni kat SINI, pastu isi la maklumat yg diperlukan menggunakan pen hitam dan tandatangan.
4. Selepas selesai isi borang dan siap tandatangan, sila sediakan supporting document seperti yg di bawah pula:
    * Passport Original
    * Salinan muka depan passport
    * Gambar passport latar belakang cerah (putih, biru). Pergi kedai cakap nak tgkap gambar utk buat
       Visa Cina.
    * Itinerary ke China - senaraikan tempat - tempat yg korang nak melawat
    * Tiket penerbangan
    * Confirmation booking hotel

    * Atau apa-apa lagi yg korang nak tambah. Yg kat atas ni dah mencukupi.

Registration From

Contoh Slip Kutipan
Semua dokumen-dokumen yg Cik F senaraikan di atas, korang kepilkan bersama borang pendaftaran yg korang dah isi tadi ye. Make sure complete ya sebelum korang pergi pejabat utk pendaftaran tu.

Selapas siap semua di atas, korang boleh bergerak ke office mereka beralamat di :

Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Business hours:
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.
Payment and collection: 9:00 to 16:00.

Contact information
Call: 603 2176 0888   
Fax: 603 2161 2234
E-mail: klcentre@visaforchina.org



Ok. Dah sampai office tu, sila ambil nombor giliran. Bila dah sampai giliran, pergilah ke kaunter dan bagi kat officer tu. Dia akan check dokument tu. Bila semua dah complete and good to go, dia akan bagi kat korang slip untuk collection Visa korang tu. Kat slip tu akan tulis bila tarikh boleh dtg ambil. Biasanya 4 hari bekerja sharp. Pembayaran di buat pada hari nak collect Visa tu ye.

Untuk collection, bawak collection slip dan duit mengikut jenis Visa yg korang apply tu. Dah siap semua, korang dah Good to go ke China!

Untuk single entry, harga Visa ialah RM.88.30. Rate dia pon berubah2. Dulu dalm RM58 je. Huhu
Korang boleh check rate Visa tu kat SINI.

Ape lagi ye nk bagitahu, rasanya tu je kot. Harap2 maklumat ni boleh membantu korang la ye.

xoxo,
Cik F




2 comments:

  1. Boleh buat on behalf kawan x? tqq

    ReplyDelete
  2. salam, nak tanya yang itinerary in china tu letak full iti or awak just letak tempat tinggal sahaja..thanks :)

    ReplyDelete